THE OLIVE TREE KOLEKSI ‘TAMAN RAHSIA’

THE OLIVE TREE KOLEKSI ‘TAMAN RAHSIA’

THE OLIVE TREE MERAIKAN MUSIM PERCUTIAN KALI INI DENGAN KOLEKSI BERINSPIRASIKAN ‘TAMAN RAHSIA’ YANG MEMUKAU NAMUN PENUH MISTER

 Sebuah ‘Taman Rahsia’ yang menyimpan pelbagai misteri pastinya mencetuskan rasa teruja dan membuatkan kita terpesona. Ia membawa kita kepada dunia yang penuh dengan kejutan – tempat persembunyian yang menarik, tanah subur yang sesuai untuk rejuvenasi dan relaksasi, tempat perlindungan selamat yang memberikan tenaga kepada jiwa kita. Tempat yang memukau itu nyata mencetuskan inspirasi kepada The Olive Tree untuk menghasilkan Koleksi Percutian 2022 baharu ini.

Dengan penggunaan bahan-bahan terbaik berakar umbi dari alam, The Olive Tree menjemput anda memperbetulkan semula serta memperbaiki diri dengan koleksi terbaharu yang dijana daripada eliksir yang ditemui di sebalik ‘Taman Rahsia’ – EKSTRAK SEA BUCKTHORN. “Rangkaian pemulihan kerosakan premium ini adalah formulasi vegan untuk mereka yang mengalami keadaan kulit serta rambut kering, mengelupas dan rengsa. Ia amat sesuai digunakan pada semua jenis kulit dan rambut. Sebagai alternatif semula jadi kepada retinol, tumbuhan ini kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, K, C dan E, dan kebaikan daripada sumber bioaktif juga bahan mineral. Apabila digabungkan bersama Minyak Zaitun Premium Ultra Australia kami sebagai asas, campuran bahan-bahan mengagumkan ini akan saling berkerjasama dalam membantu mengubah tubuh, minda dan jiwa kita!” ujar Hong Mei, Pengasas The Olive Tree.

Sungguhpun namanya begitu, sea buckthorn bukanlah berasal dari laut. Ia berkembang daripada pokok renek berbunga yang terdapat di kawasan pergunungan Asia dan Eropah. Lazimnya dikenali sebagai SEABERRY, buah beri yang kecil namun hebat ini padat dengan nutrien yang membantu menyembuhkan dari dalam. Ia mengandungi 10 kali lebih tinggi vitamin C daripada oren, pelbagai antioksidan pelindung, omega yang melembapkan dan bersifat antiradang.

 

 

Untuk kulit, sea buckthorn bukan sahaja melembapkan sambil mengawal minyak, ia turut membaiki sel-sel kulit, memperbaiki tona kulit, mengurangkan garisan halus dan melawan radikal bebas untuk hasil kulit yang lebih muda serta berseri. Ia pastinya impian yang menjadi kenyataan bagi mereka yang mengalami masalah jerawat kerana ia bukan sahaja dapat mengurangkan jerawat secara drastic, malah menyembuhkan cela tanpa mengeringkan kulit. Tumbuhan berkuasa ini mempunyai manfaat yang sama untuk rambut. Ekstrak sea buckthorn boleh membantu menguatkan dan memperbaiki rambut yang rosak dan membersihkan kulit kepala dengan mengawal minyak berlebihan tanpa mengeringkan rambut. Ia juga dapat membantu meningkatkan keanjalan helaian rambut, menambah kilauan dan menggalakkan pertumbuhan yang sihat. Paling utama, ia sesuai digunakan untuk merawat sebarang masalah rambut, daripada kering dan keriting hinggalah ke kulit kepala berminyak, rambut gugur dan berbau!

 

Koleksi Percutian 2022 The Olive Tree

MANDIAN BADAN SEABERRY FRANKINCENSE
Diperkaya dengan ekstrak sea buckthorn, mandian badan ini meningkatkan daya pelindung pada kulit, menghalang kehilangan lembapan, di samping mengekalkan penghidratan. Harumannya ringan dengan Bergamot segar dan Frankincense, resin beraroma yang mengandungi ciri-ciri antibakteria dan antiradang. Hadir dalam dua saiz iaitu 500ml pada harga RM94.90 dan 30ml pada harga RM29.90.
 
LOSEN BADAN SEABERRY FRANKINCENSE
Losen badan mewah namun ringan yang menyerap pada kulit secara serta-merta lalu melembutkan dan mengembalikan keanjalan kulit. Diperkaya dengan ekstrak sea buckthorn dan 5 campuran minyak pati botani, produk ini membantu memastikan halangan lipid kulit diperkuatkan untuk pertahanan penuh, di samping menentang radikal bebas untuk hasil penampilan kulit yang lebih muda. Dipasarkan pada harga RM84.90 untuk sebotol berisian 250ml.

 

KRIM TANGAN NATURAL REPAIR
Krim tangan yang ringan dan sangat lembap, hasil daripada campuran ekstrak sea buckthorn yang berkhasiat serta sesuai untuk dibawa kemana-mana. Krim ini menjana penghasilan kolagen menerusi ekstrak lemon dan melindungi pertahanan lipid, sekali gus membuatkan tangan lebih halus dan lembut. Haruman sitrus dan flora daripada campuran botani pastinya meningkatkan semangat anda dan menggalakkan relaksasi. Dapatkannya pada harga RM29.90 untuk tab kandungan 30ml.
 
SYAMPU NATURAL REPAIR
Syampu seimbang yang membaiki secara mendalam serta menghalang kehilangan lembapan. Dengan ekstrak sea buckthorn sebagai bahan utama, syampu ini digabungkan dengan bahanbahan lain seperti Bergamot untuk merangsang pembaharuan sel, Frankincense untuk merawat rambut gugur, Lemon untuk membersihkan kulit kepala, Geranium untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan Lada Hitam untuk aroma bertenaga dengan sedikit cetusan hangat rempah. Dapatkannya pada harga RM99.90 sebotol berisian 500ml dan RM29.90 untuk 30ml.
 
PERAPI NATURAL REPAIR
Perapi rambut tanpa silikon yang meresap jauh ke dalam helaian rambut ini membantu mengembalikan seri serta melindungi rambut anda daripada pencemaran, bahan kimia dan kerosakan UV. Sebagai tambahan, produk ini membantu melembutkan, meleraikan dan mengurangkan masalah rambut kusut. Diformulasikan dengan ekstrak sea buckthorn, rambut anda pasti tampil lebih sihat dan bersinar. Boleh didapati pada harga RM99.90 untuk botol kandungan 500ml.
 
KIT SABUN TRIO GARDENER’S DREAMS
Selain daripada rangkaian yang diperkayakan dengan ekstrak sea buckthor, kami menggalakkan anda untuk mencuba kiub sabun mini kami yang hadir dalam tambahan enam haruman semula jadi. Semua kiub sabun mini ini dihasilkan daripada Minyak Zaitun Premium Ultra Australia dengan pewarna semula jadi dan minyak pati. Dirumus khas untuk musim percutian ini, rangkaian ini dipasarkan di bawah Kit Sabun Trio The Gardener’s Dreams yang setiap satu kit menampilkan 3 haruman segar. Yang pertama menyerlahkan Lavender Clarity, Pink Frankincense dan Minty Candy manakala yang kedua menonjolkan Matcha Chamomile, Golden Caedarwood dan Blossom Ylang. Setiap satu kit sabun trio ini berharga RM49.90 dengan setiap berat kiub beranggaran 40g.
 
Kolaborasi Istimewa Bersama @BungaDanBintang
Musim perayaan ini juga menyaksikan kolaborasi menarik antara The Olive Tree dan ilustrator tempatan, Nur Syakirin binti Saharom (yang menggunakan nama samaran @BungaDanBintang), untuk menghasilkan pembungkusan eksklusif bagi Koleksi Percutian 2022. Berdasarkan cintanya pada alam semula jadi dan tumbuh-tumbuhan, Nur Syakirin mencipta grafik abstrak dalam dua variasi, untuk menggambarkan taman yang meriah dipenuhi dengan bunga-bunga mekar dan pokok zaitun yang subur.

 

“Di sinilah kebahagiaan berkembang mekar di taman. Saya ingin memberi penghormatan kepada The Olive Tree namun dalam masa sama saya berusaha mengekalkan gaya tersendiri yang berasaskan bentukbentuk organik. Saya sentiasa impikan bekerjasama menghasilkan koleksi utama dengan jenama terkemuka yang benar-benar menyukai kerja saya. Saya amat gembira melihat reka bentuk saya muncul pada produk yang dapat dilihat, disentuh dan digunakan oleh semua orang setiap hari. Dari satu segi, anda boleh katakan bahawa taman ini mewakili perasaan yang saya alami ketika ini,” jelas Nur Syakirin sambil tersenyum kala menjelaskan inspirasi di sebalik ilustrasi itu.

 

Promosi Percutian The Olive Tree
WONDERBREW x THE OLIVE TREE
Wonderbrew akan mencipta perasa Kombucha eksklusif sebagai salah satu usaha promosi bersilang sepanjang November hingga Disember 2022. The Olive Tree turut menghadiahkan 1 x Set Kembara My Secret Garden Wanderlust (terdiri daripada 2 x botol Wonderbrew Kumbucha dan set kembara 3- dalam-1 The Olive Tree 2022) untuk setiap pembelian melebihi RM350. Sementara itu, Wonderbrew akan memberikan set kembara 3-dalam-1 The Olive Tree 2022 secara percuma untuk setiap set pembelian 10 x botol Wonderbrew Kombucha. Tersedia sehingga stok masih ada.
UNIQLO x THE OLIVE TREE
Mulai 1 – 31 Disember 2022, Uniqlo akan memberi set kembara 3-dalam-1 The Olive Tree secara percuma untuk setiap pembelian dalam talian melebihi RM250 menerusi butik dalam talian Uniqlo Malaysia. Tersedia sehingga stok masih ada.

 

Semua produk The Olive Tree boleh didapati menerusi pembelian dalam talian di www.theolivetree-organic.com. Penghantaran percuma disediakan untuk semua pembelian sekitar Malaysia dan Singapura buat masa ini. Untuk maklumat lanjut atau berinteraksi dengan pasukan The Olive Tree, sila layari laman media sosial mereka, Facebook https://www.facebook.com/theolivetreeorganic atau Instagram @theolivetreecompany.
#TheOliveTree #TheOliveTreeSecretGarden TheOliveTreeHoliday2022 #AGiftToKeep 

 

MENGENAI THE OLIVE TREE
The Olive Tree diasaskan pada 2015 bagi menyediakan produk semula jadi yang dihasilkan penuh teliti, yang memanfaatkan kebaikan alam semula jadi. Segalanya bermula apabila anak kepada pengasasnya mengalami ekzema. Walaupun berusaha untuk memastikan persekitaran mereka bersih dan bebas hama, masalah itu berterusan. Apabila kakaknya, yang menetap di Melbourne, menghadiahkannya sabun berasaskan tumbuhan untuk dicuba, dia melihat peningkatan yang besar terhadap keadaan kulit si anak malah dirinya sendiri. Menyedari sukarnya memperoleh produk terbaik yang diperbuat daripada bahan semula jadi, ditambah dengan permintaan yang semakin meningkat, pengasas The Olive Tree ini mendapat inspirasi untuk merumus lalu mencipta produknya sendiri menggunakan bahan berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi, di samping mengambil kepakaran dari Australia. Produk unggul The Olive Tree ini sememangnya alternatif terbaik kepada produk yang dihasilkan secara komersial yang sarat dengan bahan kimia berpotensi berbahaya.